Mungkin Tuhan suruh saya rehat - Farah Ahmad kurang tawaran berlakon - Utusan Malaysia

Mungkin Tuhan suruh saya rehat – Farah Ahmad kurang tawaran berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Farah Ahmad berlapang dada dengan keadaannya kini yang semakin jarang menerima tawaran berlakon.

Katanya kepada Utusan Malaysia, meskipun sedikit ralat, dia tetap positif dan percaya kepada rezeki yang ditentukan serta hikmah disebalik sesuatu kejadian.

“Ramai beranggapan saya sibuk shooting, sedangkan sudah lama saya tidak terima sebarang tawaran. Kali terakhir pun sekitar tahun lepas.

“Tapi sebelum ini tak adalah saya nak heboh-hebohkan. Memang saya risau, tapi tak banyak yang boleh saya buat tentangnya.

“Mungkin skrip masa sekarang kebanyakannya tidak berpihak kepada karakter saya. Lagipun, pelakon semakin ramai.

“Saya ambil positif keadaan ini, senyumkan sahaja. Mungkin Tuhan suruh saya rehat,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Bintang filem roh itu bagaimanapun bersyukur ketiadaan kerja lakonan yang dihadapinya itu digantikan Tuhan dengan kerja-kerja melatih dan membimbing pelakon lain.

“Ada pelakon yang guna khidmat saya untuk bimbing mereka resfresh watak.

“Stesen televisyen juga panggil untuk saya bimbing pelakon dibawah produksi mereka.

“Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan. Saya tak boleh ajar orang berlakon, tapi saya boleh berikan bimbingan,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya