Muhammad Fauzi Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Muhammad Fauzi Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang

MUHAMMAD Fauzi Yusof (tiga dari kanan) bergambar bersama ADUN pembangkang di bangunan DUN Pulau Pinang, George Town, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Perikatan Nasional (PN) menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua,

Muhammad Fauzi Yusof sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Muhammad Fauzi yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berkata, perkara itu akan diumumkan secara rasmi oleh Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, Isnin depan.

“Berkenaan jawatan Ketua Pembangkang ini secara tidak rasmi, sebab Yang Dipertua DUN belum umumkan tetapi Perikatan Nasional (PN) telah putuskan saya sebagai Ketua Pembangkang DUN.

“Nama saya juga telah diserahkan oleh PN kepada Yang Dipertua DUN, dan pada Isnin ini Yang Dipertua DUN akan umumkan saya sebagai Ketua Pembangkang,” katanya ketika ditemui di bangunan DUN Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dalam Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15), PN memenangi 11 kerusi majoriti pengundi Melayu antaranya mempertahankan DUN Penaga, merampas Permatang Berangan; Permatang Pasir; Penanti; Seberang Jaya; Sungai Dua;Telok Ayer Tawar; Pinang Tunggal; Sungai Bakap; Teluk Bahang dan Pulau Betong.

Pada Ogos lalu, Muhammad Fauzi berkata, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menghantar beberapa nama calon yang sesuai kepada pimpinan PN Pusat bagi mengisi jawatan tersebut termasuk nama beliau sendiri serta Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pulau Pinang, Zulkefli Bakar.

Mengulas lanjut, Muhammad Fauzi berkata, keputusan menamakan beliau sebagai Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang telah dibuat oleh kepimpinan PN Pusat.

“Surat mengenai pelantikan saya sebagai Ketua Pembangkang juga telah diberikan dalam tempoh sebulan lalu kepada Speaker,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya perancangan serta pembaharuan yang ingin ingin beliau laksanakan sebagai Ketua Pembangkang DUN, Muhammad Fauzi berkata, semua pihak boleh melihat pembaharuan itu pada Isnin depan.

“Hari Isnin boleh tengok perancangan ini, kita akan turun padang bertemu dengan masyarakat, bila dapat maklum balas pelbagai pihak sudah tentu kita akan ulas dalam DUN nanti supaya kerajaan dapat mencapai objektif,” katanya.

Sementara itu, ADUN Penaga, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, pasukan pembangkang akan ‘memeriahkan’ sidang DUN Pulau Pinang kali ini memandangkan jumlah mereka kini lebih ramai iaitu 11 orang berbanding sidang sebelum ini.

“Pasukan pembangkang ada 11 orang, kita akan laksanakan semak dan imbang apa yang dibuat oleh kerajaan negeri.

“Setiap daripada kita akan pegang portfolio Exco untuk kita pantau. Jadi seronok kali ini, kalau dahulu saya seorang, kali ini ada 11 orang, jadi meriah dan kita akan memanaskan dewan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya