Mr H belum muncul, sepatutnya direkod keterangan 5.30 petang

Mr H belum muncul, sepatutnya direkod keterangan pukul 5.30 petang

PENGAMAL media masih menanti kemunculan Mr. H di Balai Polis Presint 11, di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 10 pengamal media termasuk wartawan dan jurugambar ‘berkampung’ di Balai Polis Presint 11, di sini sejak pukul 5 petang tadi bagi menantikan kehadiran ‘Mr H’.

Setakat pukul 5.45 petang tadi, kelibat individu yang dikaitkan dengan isu video berbual lucah antara bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dan Abdul Wahab itu belum lagi muncul.

Difahamkan, ‘Mr H’ dijangka direkodkan keterangan oleh pegawai polis dari Bukit Aman, petang ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilaporkan berkata, Mr H akan diambil keterangan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya, pukul 5.30 petang ini.

Setakat ini, tiga saksi sudah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan beberapa saksi lain akan diambil keterangan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Wahab mendakwa diarah pegawai atasan yang digelarnya sebagai ‘Mr H’ untuk merakam perbualan bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

Katanya, dia merakam perbualan video berkenaan, namun isi perbualannya bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial itu.

Manakala, Pengarah Bahagian Latih dan Pendidikan J-KOM, Muhamad Hakim Ramlee atau dikenali sebagai Ustaz Hakim Ramlee menegaskan, beliau bukan Mr H seperti yang didakwa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya