'Mr. H' arah Wahab rakam perbualan dengan Agus

‘Mr. H’ arah Wahab rakam perbualan dengan Agus

Abdul Wahab Abdul Kadir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Abdul Wahab Abdul Kadir mendakwa dia diarah oleh pegawai atasan yang digelarnya sebagai ‘ Mr. H’ untuk merakam perbualan bersama bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Muhammad Agus Yusoff.

Wahab bagaimanapun memberitahu, isi perbualan dalam video tular yang mengandungi unsur lucah itu bukan seperti yang tersebar dan tular dalam media sosial.

Sebaliknya, katanya, video yang dirakamnya itu tidak mempunyai audio.

Katanya, pada November 2023, dia telah berjumpa Mr. H. di pejabatnya dan beberapa pertemuan diatur oleh individu berkenaan termasuk membawanya ke Pejabat Perdana Menteri dan hotel di ibu negara untuk berjumpa beberapa individu berpengaruh yang disebut Mr. H.

Jelasnya, dia mendapat maklumat bahawa Muhammad Agus terlibat dalam aktiviti tidak bermoral selain dia telah ditugaskan untuk ‘membersih’kan J-KOM dari dalam.

“Mr. H turut meyakinkan saya beliau disokong oleh beberapa individu berpengaruh yang ingin menjatuhkan Agus yang mana Mr. H menunjukkan saya perbualan WhatsApp beliau bersama beberapa individu berpengaruh yang menyokong beliau.

“Sebagai pegawai baharu di J-KOM, saya teruja melaksanakan tugasan diberi. Saya diarah untuk membuat rakaman perbualan video bersama Agus bagi mendapatkan bukti beliau di dalam aktiviti songsang dan tidak bermoral,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Mengulas lanjut, katanya, dia terkejut apabila mendapati video tersebut telah disebar oleh individu bernama Che’gu Bard dalam media sosial Facebooknya.

Susulan itu, katanya, dia sedar telah diperguna dan tidak lebih sekadar kambing hitam oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Muhammad Agus.

“Rakaman video ini telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab menggunakan teknik alih suara (vocie over) bagi menunjukkan seolah-olah saya dan Muhammad Agus terlibat dalam aktiviti yang jelik dan tidak bermoral.

“Sebelum ini saya menyangka saya merupakan sebahagian dari pihak yang benar yang kononnya ingin membersihkan J-KOM daripada unsur negatif, tetapi, rupanya saya telah digunakan di dalam komplot keji untuk memfitnah beliau,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, dia telah menyerahkan kepada peguam berhubung senarai individu terlibat termasuk yang memegang jawatan tinggi di dalam J-KOM selain mempertimbang mengambil tindakan undang-undang ke atas Che’gu Bard.

Dia juga merayu supaya mengkaji semula individu-individu yang berada di dalam J-KOM supaya tidak menjadi musuh dalam selimut.

“Sidang akhbar ini bukan untuk membuat kawalan kerosakan, tetapi menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat dan membersihkan nama saya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya