MPT Bersatu gesa Muhyiddin kekal Presiden - Utusan Malaysia

MPT Bersatu gesa Muhyiddin kekal Presiden

MPT Bersatu
PARA perwakilan menunjukkan reaksi meminta Muhyiddin Yassin menarik balik keputusannya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebulat suara menolak cadangan daripada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatannya bagi pemilihan parti pada tahun depan.

Kepemimpinan parti menerusi mesyuarat khas berlangsung selama kira-kira 30 minit selepas perbahasan ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023 itu diputuskan secara sebulat suara.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membincangkan keputusan dibuat Muhyiddin dalam ucapan dasarnya, pagi tadi.

“Mesyuarat sebulat suara membuat ketetapan untuk menolak cadangan Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti. MPT Bersatu sebulat suara berpendirian bahawa kepimpinan Muhyiddin diperlukan oleh parti dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Terdahulu, Muhyiddin yang juga pengasas Bersatu dan bekas Perdana Menteri Ke-8 dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan itu mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti dalam pemilihannya tahun depan.

Keputusan itu dibuat beliau selepas berada lebih 50 tahun dalam politik dan mahu memberi laluan kepada pimpinan pelapis untuk mewarisi kepemimpinannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya