MPKK, JPKKP perlu elak pertindihan tugas - MB Perlis

MPKK, JPKKP perlu elak pertindihan tugas – MB Perlis

MOHD. Shukri Ramli (tiga dari kanan) menyerahkan tauliah lantikan sewaktu Majlis Pentauliahan Pengerusi dan Setiausaha MPKK Penggal Satu di Dewan 2020, Kangar, Perlis, semalam.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) perlu mewujudkan kerjasama bagi mengelakkan pertindihan tugas antara satu sama lain.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, kedua-dua pihak perlu berjiwa besar dalam menjalankan tugas bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat.

Katanya, Perlis antara negeri bertuah berikutan mempunyai wakil MPKK dan JPKKP yang memainkan peranan dalam membantu memudahkan urusan rakyat.

“Kita berjiwa besar kerana jika ada jabatan di peringkat Persekutuan mahukan tandatangan JPKKP, maka rakyat boleh dapatkan daripada mereka.

“Jika kedua-dua pihak ini kerjasama, ia akan memudahkan dan kita juga perlu cari jalan tengah agar tidak bertembung,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pentauliahan Pengerusi dan Setiausaha MPKK Penggal Satu di Dewan 2020 di sini, semalam.

Dalam majlis berkenaan, seramai 774 pengerusi dan setiausaha MPKK menerima pentauliahan merangkumi 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, MPKK di negeri ini dipilih mengikut kuota dalam kalangan ahli parti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Secara keseluruhan seramai 5,031 orang dipilih bagi menganggotai MPKK di negeri ini terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan ahli jawatankuasa,” katanya. 

Di samping itu, beliau berkata, buat masa sekarang, MPKK tidak diberi sebarang imbuhan dan hanya mendapat elaun mesyuarat RM50 sahaja.

Tambah Mohd Shukri, pihaknya juga sering menekankan agar kerajaan Persekutuan dapat membantu dalam menyalurkan dana buat MPKK bagi mengharmonikan kedudukan masyarakat di negeri ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya