Mitra peruntuk RM11.46 juta untuk latihan TVET belia India

Mitra peruntuk RM11.46 juta untuk latihan TVET belia India

KETUA Eksekutif SG Academy, Datuk Seri Ganesh sedang memberikan penerangan kepada R. Ramanan mengenai kendalian latihan EV.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Unit Transformasi India Malaysia (Mitra) di bawah Jabatan Perdana Menteri memperuntukkan sejumlah RM11.46 juta tahun ini untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa seramai 940 belia India.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas, Datuk R. Ramanan berkata, bidang latihan yang diberi tumpuan ialah kimpalan, automasi, elektrik, automotif, komputer, logistik, makanan dan minuman, pengendalian dron serta pelancongan.

“Saya menggesa belia India untuk menyahut seruan kerajaan meningkatkan diri mereka dengan latihan kemahiran berdasarkan keperluan industri.

“Gunakan peluang ini untuk meningkatkan taraf sosio-=ekonomi. Manfaatkan sebaik mungkin dan jangan sesekali mensia-siakan peluang ini,” katanya selepas melancarkan EAAP di Pusat Kecemerlangan Autotronic, hari ini.

Dalam pada itu, Mitra bercadang memperluas Program Kemajuan Automasi Elektrik (EAAP) kepada belia Melayu dan Cina dalam kategori B40 dan bukan sahaja terhad kepada belia India.

Mitra juga mahu memperluas kursus Kenderaan Elektrik (EV) bagi memenuhi permintaan industri kerana kursus berkaitan EV di bawah TVET masih terhad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya