Mitra perluas program automasi elektrik kepada belia Melayu, Cina

Mitra perluas program automasi elektrik kepada belia Melayu, Cina

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Unit Transformasi India Malaysia (Mitra) di bawah Jabatan Perdana Menteri bercadang untuk memperluaskan Program Kemajuan Automasi Elektrik (EAAP) kepada belia Melayu dan Cina dalam kategori B40.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Datuk R Ramanan berkata, program itu bukan dan bukan sahaja terhad kepada belia India, malah mahu memperluaskan kursus Kenderaan Elektrik (EV) bagi memenuhi permintaan industri.

Katanya, ini kerana kursus berkaitan EV di bawah Pendidikan Teknikal, Vokasional dan Latihan (TVET) masih terhad.

“Saya akan berbincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana jika dilihat, kemudahan (EV) di negara ini yang disediakan oleh akademi tertentu sudah lengkap.

“Malah, jika melihat kepada Pusat Kecemerlangan Autotronik yang kita ada hari ini, mereka juga menyediakan kemudahan lengkap untuk pelajar meningkatkan kemahiran mereka.

“Bagaimanapun, kemudahan sebegini tidak besar dan kita perlu mengembangkannya. Justeru, saya akan berbincang dengan perdana menteri untuk memajukan program berkaitan EV,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan EAAP di Pusat Kecemerlangan Autotronic, hari ini.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, unit itu juga merancang menyediakan rangka kerja bagi membolehkan mana-mana peserta melanjutkan pelajaran dalam bidang berkenaan.

“Jika ada keperluan dan pelajar cemerlang serta mahu melanjutkan (pelajaran), kita pasti akan merancang peluang dan laluan untuk mereka.

“Saya akan sentiasa membiarkan ini terbuka untuk lembaga pengarah kami untuk memutuskan cara untuk bergerak ke hadapan (untuk pelajar ini),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya