Mesyuarat MPT Bersatu petang ini - Utusan Malaysia

Mesyuarat MPT Bersatu petang ini

MPT Bersatu
RONALD Kiandee ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT) pada petang ini bagi membincangkan keputusan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan.

Naib Presiden, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, mesyuarat tersebut diadakan selepas tamat perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023 kira-kira pukul 6 petang.

Kita akan adakan petang ini, saya rasa sudah putus untuk mengadakan dan akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Berdasarkan reaksi perwakilan, the way I see it, we need Tan Sri (Muhyiddin) to lead the party. We can move forward without him, but we need him. Dalam konteks perjuangan Tan Sri kita masih perlukannya sebagai Presiden,” katanya kepada ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga pengasas Bersatu dan bekas Perdana Menteri Ke-8 dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan itu mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti dalam pemilihannya tahun depan.

Keputusan itu dibuat beliau selepas berada lebih 50 tahun dalam politik dan mahu memberi laluan kepada pimpinan pelapis untuk mewarisi kepemimpinannya.

Dalam pada itu, Ronald memaklumkan reaksi perwakilan jelas menunjukkan yang mereka enggan menerima pengumuman dibuat Ahli Parlimen Pagoh itu apabila dianggap masih diperlukan untuk mengemudi parti dan perjuangannya.

“Jadi, seiring dengan hasrat perwakilan untuk mendesak agar Tan Sri melihat semula apatah lagi pemilihan parti akan dilakukan pada tahun hadapan, satu tempoh yang agak jauh.

“Proses pemilihan parti yang akan diadakan pada tahun hadapan itu satu tempoh yang agak jauh dan pelbagai kemungkinan akan berlaku, jadi Tan Sri diperlukan untuk parti.

“Keyakinan para perwakilan terhadap parti untuk Tan Sri terus menerajui parti satu keyakinan yang nyata dan harus ditimbang semula oleh parti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya