PETALING JAYA: Tabiat merokok sebenarnya boleh merosakkan serviks dan tiub fallopio wanita sekali gus berisiko menyebabkan kemandulan wanita.
Memetik Hello Doktor, merokok juga boleh meningkatkan kadar keguguran semasa hamil dan kehamilan ektopik serta menyebabkan kualiti telur wanita menurun selain menyebabkan kurangnya penghasilan telur.
Oleh itu, bagi megurangkan faktor risiko kemandulan, golongan wanita dinasihatkan melakukan beberapa langkah pencegahan dengan berhenti merokok.
“Memandangkan merokok boleh menjejaskan kesuburan wanita, maka anda disarankan untuk berhenti merokok agar lebih mudah hamil,” kata laporan itu.
Selain itu, terdapat faktor-faktor risiko lain yang menyebabkan kemandulan bagi golongan wanita, antaranya seperti umur, pengambilan alkohol, sejarah seksual dan faktor berat badan.
Apabila seorang wanita itu sudah semakin berusia, maka kesuburannya juga akan menurun.
Bermula pada pertengahan umur 30an, kualiti ovum atau telur wanita akan menjadi semakin merosot.