Meriahkan Karnival 1 Murid 1 Sukan dan Hari Kantin STB, 29 dan 30 Nov ini - Utusan Malaysia

Meriahkan Karnival 1 Murid 1 Sukan dan Hari Kantin STB, 29 dan 30 Nov ini

Karnival 1 Murid 1 Sukan dan Hari Kantin Sekolah Tengku Budriah (STB) 2023 akan berlangsung pada 29 dan 30 November ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Lebih 5,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival 1 Murid 1 Sukan dan Hari Kantin Sekolah Tengku Budriah (STB) 2023 yang akan berlangsung pada 29 dan 30 November ini.

Karnival anjuran STB dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) itu bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk lebih 30 gerai jualan sekali gus bakal merancakkan program berkenaan.

Lebih istimewa, pada sebelah malam 29 November, turut bakal berlangsung Forum Perdana Ehwal Islam yang bermula pukul 8.30 malam di podium sekolah berkenaan.

Penyelaras karnival berkenaan, Mohd. Anuar Mohd. Yatim memberitahu, antara aktiviti menarik seperti permainan kanak-kanak seperti supa dupa, go-kart, memanah, paint ball, istana belon dan pelbagai lagi.

Katanya, antara lain, pertandingan mewarna, sepak penalti bagi murid bawah 12 tahun, jaringan bola jaring, stacking PPKI, STB Kidz Fashions Show, Traditional Indoor Game, Busking dan karaoke.

Ujarnya, karnival berkenaan juga bakal dimeriahkan dengan pelbagai gerai makanan dan jualan produk selain jualan amal baju terpakai dengan harga cukup berpatutan.

“Selain itu, aktiviti menarik lain seperti aktiviti sepak raga tuju, sukaneka ibu bapa, pameran agensi kerajaan dan swasta.

“Turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan mata percuma, kaunter bayar sama JPJ/cukai jalan, pemeriksaan kenderaan percuma dan derma darah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya