MBMB kompaun pusat tuisyen, arah turun papan iklan

MBMB kompaun pusat tuisyen, arah turun papan iklan

PAPAN iklan sebuah pusat tuisyen di Semabok, Melaka yang menggunakan bahasa Cina sepenuhnya telah diarahkan turun serta-merta oleh MBMB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mengarahkan sebuah pusat tuisyen di Plaza Semabok di sini menurunkan papan tanda iklan serta merta selepas didapati tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem mengingatkan semua pihak supaya mematuhi syarat permohonan iklan dan menggunakan bahasa kebangsaan.

Katanya, pematuhan itu penting dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.

“Syarat penggunaan bahasa di papan iklan sudah lama ada. Entah apa yang susahnya hendak ikut (patuh).

“Undang-undang itu jelas dan nyata serta tidak perlu hendak (main) sentimen apa-apa. Saya menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT) laksanakan apa yang betul dan sepatutnya.

“Jangan dibiarkan kesalahan ini menjadi kebiasaan sehingga undang-undang dijadikan penghinaan. Mana yang berterusan ingkar bawa ke mahkamah sebagai pengajaran,” katanya.

Kelmarin, Mohd. Noor Helmy yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Melaka melakukan pemeriksaan bersama kakitangan MBMB di premis berkenaan setelah mendapat aduan orang awam berhubung penggunaan papan tanda iklan menggunakan bahasa Cina sepenuhnya.

Tambahnya, selain diarahkan menurunkan papan tanda, pusat tuisyen itu turut dikompaun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya