Mayat mangsa terakhir tertimbus runtuhan bangunan restoran ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat mangsa terakhir tertimbus runtuhan bangunan restoran ditemukan

ANGGOTA SAR mengusung mayat mangsa terakhir yang ditemukan dalam kejadian runtuhan bangunan restoran di Pulau Perhentian, Besut, petang ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Mayat mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian runtuhan bangunan restoran di Pulau Perhentian di sini semalam membabitkan seorang buruh warga negara Indonesia ditemukan, petang ini.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Suparno ditemukan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 2.08 petang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 3.15 petang setelah anggota SAR mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

Katanya, mayat mangsa itu akan dibawa ke jeti Kuala Besut sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

“Kita berjaya menemukan ke tujuh-tujuh mangsa yang tertimbus dalam kejadian runtuhan tersebut dan kita akan menutup pusat operasi secara rasminya, ” katanya pada sidang akhbar  di sini, petang ini.

Akhbar hari ini melaporkan tapak pembinaan restoran setinggi tiga tingkat sebuah resort di pulau peranginan itu tiba-tiba runtuh pada pukul 4.30 pagi semalam.

Runtuhan itu menimbus tujuh buruh binaan iaitu enam warga asing dan seorang tempatan yang ketika itu sedang tidur di tapak pembinaan yang hampir siap itu.

Bagaimanapun empat mangsa terlibat berjaya diselamatkan orang ramai manakala dua lagi dikeluarkan pasukan SAR pada pukul 12.50 tengah hari semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya