Mayat lelaki ditemukan dekat longgokan sampah dalam sungai - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan dekat longgokan sampah dalam sungai

MAYAT seorang lelaki dijumpai orang awam dalam keadaan terlungkup di tebing Sungai Kinta dekat Malim Nawar, Kampar semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terlungkup berhampiran longgokan sampah di tebing Sungai Kinta di Malim Nawar di sini semalam.

Mayat lelaki warga tempatan dikenali Chong Wai Kee, 39, itu dijumpai orang awam ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah yang tersangkut berhampiran jambatan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu pada pukul 4 petang.

Katanya, pemeriksaan pada mayat mangsa tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri tetapi disyaki warga tempatan berdasarkan suntikan BCG di lengan kiri.

“Mayat mangsa yang dibawa naik ke tebing sungai oleh pasukan bomba kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.

‘Hasil pemeriksaan sekali lagi ke atas mayat lelaki itu menunjukkan tiada sebarang kesan kecederaan berunsurkan jenayah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, identiti lelaki tersebut dikenal pasti melalui baju T berwarna hitam yang dipakainya dengan cetakan perkataan bertulis ‘cookkeng’ selain tiga bentuk cincin dipakai di jari telunjuk dan jari hantu.

Katanya, berdasarkan baju yang dipakai, pihak polis telah ke kedai tersebut yang terletak di Pasir Puteh, Ipoh dan mendapat maklumat berkaitan mangsa hingga berjaya menghubungi keluarganya.

“Berdasarkan siasatan, keluarga mangsa ada membuat laporan polis berkaitan kehilangan lelaki itu kelmarin di Balai Polis Menglembu.

“Proses pengecaman yang dilakukan ahli keluarga mangsa mengesahkan identiti lelaki terbabit. Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian akibat lemas. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya