Maritim Malaysia Pulau Pinang anjur program kesedaran bersama komuniti nelayan Teluk Bahang - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia Pulau Pinang anjur program kesedaran bersama komuniti nelayan Teluk Bahang

MARITIM Malaysia ketika mengadakan pertemuan bersama komuniti maritim setempat di Teluk Bahang, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang bekerjasama dengan komuniti nelayan berhubung kesedaran pencegahan salah laku jenayah dan keselamatan diri ketika berada di laut melalui program pertemuan bersama komuniti maritim setempat di Teluk Bahang, di sini baru-baru ini.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim SP Nak Rong berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama komuniti setempat itu bertujuan mendekati komuniti maritim dengan mengadakan sesi soal jawab dan penerangan berkaitan kepentingan menjaga keselamatan negara.

MARITIM Malaysia ketika mengadakan pertemuan bersama komuniti maritim setempat di Teluk Bahang, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Katanya, program itu melibatkan taklimat kesedaran keselamatan di laut oleh pegawai Penguatkuasaan dan Eksesais, Leftenan Maritim Mohd. Zahir Mohammad Basri bagi mempertingkatkan lagi kefahaman tentang keselamatan diri ketika di laut.

“Maritim Pulau Pinang turut menyantuni komuniti dengan mengedarkan 15 unit jaket keselamatan, 100 kilogram beras dan 15 unit bakul makanan yang merupakan keperluan harian turut diberikan kepada penduduk setempat.

“Selain itu, penyampaian pelekat mengenai kesedaran kepentingan keselamatan di laut juga diedarkan kepada mereka sebagai isyarat peringatan kepada nelayan ketika ingin keluar mencari hasil di laut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kerjasama daripada komuniti itu amat penting bagi menjaga perairan Pulau Pinang yang mempunyai keluasan pengoperasian lebih kurang 25,928 kilometer dengan panjang pantai merangkumi 359 kilometer.

“Penyaluran maklumat berkaitan kegiatan yang melanggar undang-undang serta kes-kes kecemasan di laut amat penting bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya