Mariah Carey dedah tidak memandu, lesen luput tujuh tahun lalu - Utusan Malaysia

Mariah Carey dedah tidak memandu, lesen luput tujuh tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyanyi, Mariah Carey mendedahkan tidak memandu gara-gara lesennya tamat tempoh sejak beberapa tahun lalu.

Carey berkongsi perkara tersebut sewaktu menjadi tetamu menerusi rancangan bual bicara The Jennifer Hudson Show kendalian penyanyi, Jennifer Hudson.

“Saya pandai memandu, cuma sekarang masih merancang untuk memperbaharuinya.

“Saya pernah memiliki lesen, tapi ia tamat tempoh sejak tujuh tahun lalu. Selain itu anda tidak perlu memandu jika tinggal di kawasan bandar seperti Manhattan.

“Untuk mendapatkan lesen saya kena lalui semula ujiannya. Saya akan cuba dapatkan (lesen),” katanya.

Pendedahan itu dibuat selepas pertanyaan berkaitan diajukan Hudson kepada Carey dalam rancangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya