KANGAR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan meneliti keperluan bagi menaikkan biasiswa pelajarnya selaras dengan keadaan semasa pada ketika ini. Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, menerusi lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke United Kingdom dan Jerman baru-baru ini, beliau telah mengarahkan agar pihaknya menilai perkara itu secara serius. Menurutnya, pelaksanaan tersebut seharusnya diteliti sebaiknya berikutan ia akan melibatkan implikasi kewangan kepada Mara dan kerajaan. “Peruntukan yang akan diberikan melalui biasiswa ini datang dari kerajaan namun sudah tentu dengan arahan Timbalan Perdana Menteri, ia menunjukkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya