Mara sediakan BUDI, bantu pelajar B40

Mara sediakan BUDI, bantu pelajar B40

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan bantuan kewangan pendidikan (BUDI) kepada pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang tidak berkemampuan.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bantuan tersebut merupakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar membeli barangan kelengkapan dan keperluan untuk memasuki MRSM.

“Ia untuk menampung yuran persekolahan, belian pakaian sekolah harian, keperluan asrama, peralatan sekolah, bayaran tambang pergi dan balik sekolah, pengecualian wang caruman dan pemberian wang saku,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Program BUDI diperkenalkan sejak tahun 2005 oleh Mara bagi membantu pelajar daripada keluarga golongan B40 untuk menjalani kehidupan di sekolah berasrama tersebut.

Sehubungan itu, Asyraf Wajdi berkata, beliau tidak mahu dengar lagi alasan tidak mahu masuk MRSM kerana kos yang tinggi.

“Hakikatnya dengan ilmu sahaja dapat merubah kehidupan diri keluarga.

“Malah MRSM telah banyak merubah kehidupan individu dengan program pendidikannya yang holistik dan seimbang bukan sahaja memfokuskan kecemerlangan akademik khususnya Sains, Teknologi, Matematik, bahkan penerapan nilai, akhlak dan adab dalam pembentukan sahsiah pelajar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya