KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menunjukkan sedikit peningkatan apabila seramai 385 mangsa ditempatkan di enam buah pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 376 pagi tadi.
Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 1 tengah hari tadi jumlah tersebut melibatkan seramai 99 keluarga dari dua daerah itu Pasir Puteh dan Bachok.
Pasir Puteh menjadi daerah tertinggi menempatkan mangsa banjir ketika ini iaitu 312 orang manakala Bachok 73 orang.
Sementara itu Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan tren menaik iaitu 8.46 meter sekali gus berada pada paras amaran.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati Kampung Tersang di Rantau Panjang sudah mula dinaiki air sedalam 0.5 meter. – UTUSAN