Malaysia, Vietnam setuju tingkat kerjasama isu di perairan negara

Malaysia, Vietnam setuju tingkat kerjasama tangani isu di perairan negara

ANWAR Ibrahim dan Vo Van Thuong mengadakan pertemuan dua hala di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Moscone Centre, San Francisco. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dipersetujui ketika beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Vietnam, Vo Van Thuong di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Moscone Centre, San Francisco.

“Kami juga membincangkan isu Laut China Selatan dan bersetuju mematuhi sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan serta menggesa agar perbincangan Kod Tatalaku di Laut China Selatan dapat segera dimuktamadkan.

“Turut dibincangkan adalah terkait kaedah untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama antara Malaysia dan Vietnam meliputi pelbagai bidang.

“Vietnam juga meminta Malaysia memudahkan kemasukan produk halal dari negara itu dan menjalin kerjasama dalam pensijilan halal,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Anwar sekali lagi mengulangi jemputan kepada Presiden Vietnam untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya