Malaysia tidak letak sasaran tinggi - Utusan Malaysia

Malaysia tidak letak sasaran tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tuan rumah, Malaysia tidak menetapkan sasaran tinggi pada kejohanan hoki jemputan antarabangsa dalam dewan merebut Piala Sultan Nazrin Shah bermula di Stadium Indera Mulia di sini malam esok.

Begitupun, enam pencabar lain dalam kejohanan kali pertama diadakan itu boleh menjangkakan saingan sengit daripada pasukan tuan rumah.

Bagi Kapten Malaysia, Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah, kehadiran pasukan Australia, New Zealand dan Switzerland menyukarkan lagi laluan pasukan Malaysia.

“Kami tidak tahu kemampuan pasukan-pasukan itu kerana ini kali pertama akan melihat kemampuan pasukan-pasukan itu,.

“Oleh yang demikian saya tidak mahu meramalkan peluang pasukan kita” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Begitupun, sebagai tuan rumah, Muhammad Aslam berkata, dia dan rakan sepasukan akan melakukan yang terbaik untuk melakar kejayaan.

Pemain pasukan Maybank dalam liga hoki kebangsaan itu berkata, Afrika Selatan yang mempunyai ranking baik dunia turun sebagai pilihan utama.

Namun Muhammad Aslam yakin pemain negara akan mengusahakan yang terbaik dalam kejohanan kali pertama itu.

Sebanyak tujuh pasukan termasuk Malaysia akan berentap dalam kejohanan Piala Sultan Nazrin Shah untuk lelaki dan Tuanku Zara Salim (Wanita) berlangsung di Stadium Indera Mulia di sini mulai esok.

Pasukan -pasukan itu adalah Switzerland, New Zealand, Namibia, Australia, Afrika Selatan, Hong Kong serta tuan rumah, Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN