Malaysia bangkit atasi New Zealand - Utusan Malaysia

Malaysia bangkit atasi New Zealand

PEMAIN Malaysia meraikan jaringan ketika menentang New Zealand pada kejohanan hoki dalam dewan Jemputan Antarabangsa merebut Piala Tuanku Zara di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi New Zealand 5-4 dalam perlawanan terakhir kumpulan kejohanan hoki dalam dewan Jemputan Antarabangsa merebut Piala Tuanku Zara di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Dengan kejayaan itu Malaysia layak beraksi dalam perlawanan penentuan tempat tiga esok selepas mengumpul enam mata.

Ia juga dibolehkan berikutan keputusan seri 2-2 antara Australia dengan Namibia.

Australia mengutip tujuh mata manakala Namibia lima.

Pada aksi menentang New Zealand, Nor Isahhiddun meletak tuan rumah di hadapan pada minit keempat tetapi kelebihan itu dipadam tiga minit kemudian oleh Hannah Cardno.

Tegan Buchanan dan Jessica Kelly mengukuhkan kedudukan Australia pada minit ke-10 dan minit ke-13.

Namun Malaysia bangkit untuk memadam kelebihan lawan melalui jaringan Maznan Nur dan Iren Hussin.

Bagaimanapun Australia berjaya memisahkan kedudukan melalui jaringan padang Jessica Kelly pada minit ke-30.

Iren Hussin bagaimanapun mengikat kedudukan seminit kemudian melalui pukulan sudut penalti.

Fazilla Sylvester kemudian memastikan kemenangan Malaysia pada minit ke-36 apabila menyumbat gol kelima Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya