Maklumat palsu daftar anak, peniaga didenda RM1,800

Palsukan maklumat ketika daftar anak di JPN, peniaga didenda RM1,800

KHAIRUL Anuar Zaini (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Jerantut selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu ketika mendaftarkan kad pengenalan anaknya di Pejabat Pendaftaran Negara Temerloh tahun lepas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang peniaga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Jerantut di sini, hari ini atas kesalahan mengemukakan maklumat palsu ketika mendaftarkan kad pengenalan anaknya di Pejabat Pendaftaran Negara Temerloh tahun lepas.

Tertuduh, Khairul Anuar Zaini, 42, dari Felda Jengka membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.

Ekoran dari itu, Majistret Mahkamah Jerantut, Mohamed Shah Reza Noor Azman menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,800 dan penjara 12 bukan jika gagal bayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu sewaktu mendaftarkan kelahiran bayi lelaki yang dilahirkan di Pejabat Pendaftaran Jengka yang kini sudah berusia 12 tahun.

Kes tertuduh berjaya dikesan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Temerloh apabila datang untuk membuat kad pengenalan anaknya pada 2023 ketika anak pertamanya berusia 12 tahun sehingga menimbulkan keraguan kerana rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) saksi pernikahan kepada tertuduh yang telah meninggal dunia pada 2007 sedangkan tertuduh dan pasangan menikah pada 2009.

Tertuduh dan pasangannya telah melahirkan anak sulungnya pada 2010 dan telah membuat pendaftaran di JPN Jengka.

Susulan itu tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 36 (b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Mat Razali Shamsuddin, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Ng See Teong.

“Difahamkan, tertuduh bernikah melalui satu sendiket di Pulau Pinang dan sehingga ini sudah memperoleh lapan orang anak dan kes ini bukan di bawah siasatan jabatan kami,” katanya.

Mat Razali berkata, tertuduh telah membuat pengakuan di hadapan majistret telah menyesal atas kesilapannya yang lalu serta insaf tidak akan mengulangi lagi pada masa akan datang.

Ujarnya, pihak JPN akan terus membuat siasatan terhadap anak tertuduh yang lain apabila tiba usia 12 tahun untuk membuat kad pengenalan pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN