Lonjakan kes Covid-19 palsu -KKM

Lonjakan kes Covid-19 palsu -KKM

KANAK-kanak dan remaja mungkin tidak perlu lagi vaksin Covid-19. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan maklumat bahawa berlakunya lonjakan kes yang disebabkan strain baharu Covid-19 dengan mengakibatkan satu daripada tujuh pesakit mendapat jangkitan paru-paru hingga memerlukan bantuan pernafasan.

Menafikan maklumat itu, KKM dalam satu kenyataan berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke wad hanya sekitar dua ke tiga peratus manakala tiada kejadian wad penuh bagi kemasukan pesakit Covid-19 di hospital telah dilaporkan,” katanya di Facebook rasmi KKM, hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai digesa untuk tidak mudah terpengaruh dengan mesej yang ditularkan secara berantai kerana tidak diketahui sumber kesahihannya dalam media sosial.

“Rujuklah portal KKMNOW di data.moh.gov.my untuk mendapatkan status semasa kes Covid-19 bagi memperjelaskan mengenai situasi sebenar,” katanya.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp satu mesej yang dibuat oleh seorang individu kononnya kes jangkitan Covid-19 meningkat dalam tiga minggu kebelakangan ini dengan strain berbeza daripada jenis Omicron yang kebanyakannya mengakibatkan demam, sakit tekak, batuk atau selesema ringan.

“Trend kali ini didapati satu daripada tujuh pesakit ada jangkitan pada paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan. Kebanyakannya golongan berumur,” dakwanya.

Dalam mesej sama, individu tersebut turut mendakwa terdapat wad Covid-19 yang kosong dalam sekelip mata penuh dengan pesakit dan jika ia berlarutan bekalan ubatan untuk merawatnya mungkin kehabisan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya