LKAN 2022: Ketepatan ramalan banjir cuma 5.6% walau belanja RM145 juta

LKAN 2022: Belanja RM145 juta, tetapi ketepatan ramalan banjir hanya 5.6%

LKAN 2022
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar ketepatan ramalan banjir melibatkan program ramalan dan amaran banjir Fasa 1 di tiga lembangan sungai di Kelantan, Terengganu dan Pahang hanya 5.6 peratus. 

Perkara itu antara isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan. 

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, pencapaian program fasa 1 yang dilaksanakan dari 2015 hingga 2022 itu kurang memuaskan. 

“Walaupun kerajaan telah membelanjakan RM145 juta, kadar ketepatan ramalan banjir hanya 5.6 peratus  dan ia tidak berupaya mengeluarkan amaran dan hebahan dua hari lebih awal,” katanya. 

Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) dilaksanakan selaras keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bantuan Bencana Pusat (JBBP) pada 3 Januari 2014 bagi menambah baik dan mempertingkat keupayaan model ramalan dan sistem amaran banjir secara berterusan dengan aplikasi teknologi yang lebih canggih, cepat serta tepat.

JPS Malaysia diberi tanggungjawab menyelaras dan memantau pelaksanaannya. 

PRAB dilaksanakan dalam tiga fasa dengan PRAB Fasa 1 dilaksanakan bermula pada tahun 2015 hingga 2024 di tiga lembangan sungai utama iaitu Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Pahang. 

Bagi Projek PRAB Fasa 2, ia bermula pada tahun 2018 dan dijangka siap pada 2025 melibatkan 38 lembangan sungai seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

JPS juga sedang merancang untuk meluaskan PRAB ini ke lembangan sungai lain di Sabah dan Sarawak bagi dilaksanakan dalam PRAB Fasa 3. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya