Lelaki warga emas maut kereta terbabas langgar pokok, papan tanda - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas maut kereta terbabas langgar pokok, papan tanda

SEORANG lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok serta papan tanda digital di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town, Pulau Pinang petang tadi. - Pic: IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok serta papan tanda digital di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.11 petang itu, mangsa, Ang Kah Hin, 65, maut selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Suhaiman Abdul Jamal berkata, pihak bomba tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut.

“Setibanya di lokasi didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

“Kemalangan mengakibatkan pemandu mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat melanggar pokok dan mangsa tersepit di ruang pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Tindakan diambil dan anggota bomba membuat kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihak bomba membuat “size up” dan mengarahkan anggota dengan pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap dan peralatan khas melakukan kerja-kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu.

”Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan berjaya dikeluarkan pukul 4.36 petang sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

”Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pukul 4.44 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya