Lelaki lakukan amang seksual terhadap dua anak saudara perempuan direman enam hari - Utusan Malaysia

Lelaki lakukan amang seksual terhadap dua anak saudara perempuan direman enam hari

MAHKAMAH Majistret Kemaman memerintahkan seorang lelaki disyaki melakukan amang seksual terhadap dua anak saudara perempuannya direman selama enam hari bermula hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang lelaki ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga Jumaat ini, selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap dua anak saudara perempuannya yang berusia lima dan empat tahun, di Chukai, dekat sini.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan polis kira-kira pukul 4.50 petang semalam, sejurus selepas laporan polis dibuat salah seorang ahli keluarganya.

“Perbuatan terkutuk suspek berusia 45 tahun itu terbongkar selepas mangsa mengadu alat sulitnya sakit.

“Kanak-kanak itu memberitahu bapa saudaranya membuka seluar dan memegang kemaluannya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, kedua-dua kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan.

Menurutnya, pihaknya akan memanggil beberapa ahli keluarga termasuk ibu mangsa untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya