Lelaki juga berhak 'cantik' - Utusan Malaysia

Lelaki juga berhak ‘cantik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENYENTUH persepsi segelintir masyarakat terhadap lelaki yang menjadikan rutin ke spa sebagai sesuatu yang tidak ‘macho’, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cell Tissue Technology Sdn. Bhd., Dr. Khairul Idzwan Baharin berkata, ia timbul disebabkan stigma mengaitkan prosedur itu hanya untuk perempuan sahaja.

Namun, katanya, persepsi itu semakin berubah seiring peningkatan kesedaran mengenai kesihatan dan kecantikan dalam kalangan lelaki.

“Semakin ramai lelaki menghargai manfaat spa untuk kesihatan, penjagaan dan penampilan diri tanpa mengira pandangan konvensional yang sudah ketinggalan zaman mempertikaikan ‘kelelakian’ seseorang.

“Tidak ada apa-apa yang tidak ‘macho’ tentang merawat diri dan menjaga kesihatan serta penampilan diri. Bahkan, semakin banyak spa yang menawarkan prosedur khas untuk lelaki.

“Paling penting adalah membuat pilihan bersesuaian dengan keperluan dan keinginan peribadi,” katanya.

Bekas doktor perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu mengulas isu golongan lelaki mengunjungi spa bagi menjalani prosedur kecantikan sehingga menimbulkan stigma dalam segelintir masyarakat.

Dalam pada itu, kongsinya, antara alasan popular yang sering diberikan oleh golongan lelaki bagi menjalani prosedur di spa adalah menjaga penampilan, memanjakan diri, membuatkan diri berasa lebih segar sekali gus meningkatkan keyakinan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya