Lelaki ditahan dipercayai main bunga api dalam kereta

Lelaki warga asing ditahan, dipercayai bakar bunga api dalam kereta

TANGKAP layar menunjukkan bunga api dibakar dari kereta sebuah Proton Waja hingga tular dalam media sosial sejak semalam.- FOTO/IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki warga asing ditahan polis selepas dipercayai membakar bunga api keluar dari tingkap kereta yang sedang bergerak di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya mengesan satu klip video tular berdurasi 14 saat memaparkan kejadian itu.

“Hasil semakan pihak polis mendapati video berkenaan dengan jelas memaparkan perbuatan berbahaya tersebut.

Bertindak atas maklumat, pihak polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun dan merampas sebuah Proton Waja digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.

“Kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Semalam tular satu video menunjukkan persembahan bunga api dari sebuah kereta Proton Waja di sebuah kawasan premis kedai di sini.

Perbuatan tersebut dilihat bahaya kerana bonet kenderaan itu terbuka turut kelihatan dua individu duduk di situ dalam kereta yang sedang bergerak itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya