Lee Zii Jia terkandas suku akhir

Lee Zii Jia terkandas suku akhir

LEE Zii Jia tewas kepada pemain Indonesia, Jonata Christie 21-12, 18-21, 18-21 pada perlawanan suku akhir Kumamoto Masters 2024, di Gimnasium Wilayah Kumamoto 2024 di Jepun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terkandas di peringkat suku akhir Masters China selepas tumbang kepada lawan dari Jepun, Kento Nishimoto dalam perlawanan straight set, 11-21, 12-21, sebentar tadi.

Ini merupakan kemenangan kedua Nishimoto ke atas pemain No. 11 dunia itu dalam lapan kali pertemuan mereka, sementara Zii Jia pula pernah memenangi enam perlawanan ke atasnya.

Keputusan itu bagaimanapun menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu berjaya memperbaharui kedudukannya selepas Kumamoto Masters Jepun, minggu lalu di mana dia hanya sempat beraksi di pusingan pertama dan tewas kepada Anders Antonsen. 

Walaupun berdepan prestasi yang kurang konsisten tahun ini, namun Zii Jia turut mara ke pusingan kedua sebelum ditewaskan pemain China, Li Shi Feng dalam aksi sengit yang mengheret ke tiga set perlawanan dalam Terbuka Perancis, bulan lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya