Lebih 9,000 guru baharu berkhidmat tahun depan

Dewan Rakyat: Lebih 9,000 guru baharu berkhidmat tahun depan

LIM HUI YING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 9,000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan Januari 2024. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah memperoleh jumlah perjawatan guru baharu itu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan mereka akan melapor diri tahun depan.

“KPM sentiasa berusaha memastikan jumlah perjawatan guru ditambah mengikut keperluan sekolah berikutan masalah kekurangan guru dikenal pasti sebagai antara punca pertambahan beban tugas kepada guru sedia ada.

“Kekurangan guru paling signifikan adalah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Reka Bentuk Teknologi (RBT). KPM sentiasa berusaha memastikan jumlah guru ditambah dari semasa ke semasa,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr. Mohammed Taufiq Johari [PH-Sungai Petani] jika masalah kekurangan guru, termasuk ramai guru bersara awal menyebabkan beban tugas bertambah kepada guru yang sedang dalam perkhidmatan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Marzuk Shaary [PN-Pengkalan Chepa] mengenai kebajikan dan kemudahan infrastruktur bagi guru di kawasan pedalaman susulan kes guru besar di sebuah sekolah di Sabah terpaksa tinggal di stor sekolah, Hui Ying berkata, kerajaan sedang mengambil tindakan susulan bagi isu itu.

“Tindakan susulan sedang dibuat untuk kenal pasti punca berlaku insiden itu (guru tinggal dalam stor sekolah) dan kita akan urusan setiap isu itu dengan sebaik mungkin,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN