Lebih 2,600 insiden siber dilapor

Lebih 2,600 insiden siber dilapor

MOHAMAD Hasan (tengah) bersalaman dengan tetamu selepas merasmikan merasmikan Program Pembangunan Kapasiti Dan Sesi Dialog Awam Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2023 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,674 insiden siber dilaporkan kepada Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4), NACSA setakat Oktober tahun ini.

Antara insiden siber yang berlaku adalah aktiviti-aktiviti seperti Ransomware dan Advanced Persistent Threats (APT) yang menjadi ancaman serius, terutama dari pihak-pihak yang mungkin mempunyai agenda yang bersifat geopolitik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penggunaan peranti dan teknologi digital yang semakin meluas meningkatkan risiko serangan siber yang semakin dinamik dan kompleks, seperti phishing dan serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS).

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan amat menitikberatkan isu-isu ancaman keselamatan siber, terutama berkaitan ketirisan maklumat, jenayah siber, kerentanan teknologi dan hacktivism.

“Ancaman-ancaman ini menggugat kesejahteraan individu, kestabilan infrastruktur kritikal negara dan perniagaan, merosakkan reputasi organisasi serta menyebabkan kerugian wang, yang secara tidak langsung mengesankan ekonomi negara dan tahap kemakmuran serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Program Pembangunan Kapasiti Dan Sesi Dialog Awam Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2023 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara memutuskan agar rang undang-undang berkenaan digubal segera, bagi memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.

Justeru, kata Mohamad, bagi menambah baik pengurusan keselamatan siber negara, kerajaan telah melancarkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS) 2020-2024.

“Strategi ini menggariskan secara komprehensif lima tonggak utama dengan 12 strategi dan 35 pelan tindakan untuk dilaksanakan. Ia bagi mewujudkan persekitaran siber yang selamat, terpercaya dan berdaya tahan di samping merangsang kemakmuran ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Strategi ini turut melibatkan pelaksanaan pelbagai inisiatif keselamatan siber termasuk pembentukan Rang Undang-Undang Keselamatan Siber dan pembangunan kapasiti dan keupayaan tenaga mahir bidang siber, serta pengukuhan kerjasama awam-swasta dan hubungan antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya