Lebih 1,000 pengguna MyMinda luah hasrat mahu bunuh diri

Lebih 1,000 pengguna MyMinda luah hasrat mahu bunuh diri

ZALIHA Mustafa melawat ruang pameran NCEMH selepas menyempurnakan pelancaran Program Minda Sihat Hidup Sejahtera di NIOSH, Bangi Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Meskipun baru sahaja 11 hari dilancarkan, sejumlah 1,315 pengguna MyMinda sudah meluahkan hasrat ingin bunuh diri akibat tekanan kesihatan mental yang dialami.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, seramai 6,955 pengguna sudah pun menyertai saringan MyMinda dan daripada angka itu, kira-kira 2,820 pengguna berisiko penyakit kemurungan.

“Malah kami juga mendapati bahawa sejumlah 1,271 pengguna lagi mempunyai simptom keresahan manakala 2,887 individu disaring itu juga ada bergejala kemurungan.

“Angka ini meliputi mereka yang telah ada idea, rancangan atau cubaan bagi membentuk tingkah laku bunuh diri setelah melakukan saringan melalui MyMinda,” katanya selepas merasmikan Program Minda Sihat Hidup Sejahtera di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di sini, hari ini

MyMinda dilancarkan pada 22 Oktober lalu sebagai ciri baharu aplikasi MySejahtera yang terdiri komponen saringan minda sihat dan juga akses kepada talian bantuan psikososial.

Pautan itu merupakan antara intervensi awal selain sumber psikopendidikan sebagai komitmen kepada perkhidmatan kesihatan mental selari perkembangan teknologi digital.

Zaliha beliau berharap lebih ramai pengguna MySejahtera tampil menyertai saringan atas talian itu agar isu masalah kesihatan mental dapat ditangani lebih awal dan proaktif.

Sementara di peringkat kementeriannya pula ujar beliau, akan bertindak mengumpul data dan statistik sebelum melakukan analisis berdasarkan dapatan oleh responden MyMinda.

Pada masa sama, beliau menyeru majikan dan pekerja memainkan peranan bersama bagi mewujudkan suasana kerja sihat bukan sahaja dari segi fizikal malah aspek mental.

Langkah itu tambahnya, amat penting kerana implikasi kesihatan mental dapat dilihat tidak sahaja di lapangan, bahkan mempengaruhi hubungan keluarga, komuniti dan organisasi.

Zaliha merujuk perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melaporkan kos ekonomi global bernilai AS$1 trilion setahun akibat kehilangan produktiviti pekerja sekali gus memberi impak kepada sektor kesihatan, malah kesan rantaian signifikan terhadap isu perkembangan kemajuan ekonomi di sesebuah negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya