Lebih 1,000 mangsa banjir di Selangor - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 mangsa banjir di Selangor

Banjir Selangor
KAMPUNG Bukit Changgang antara kawasan terjejas banjir dan sehingga semalam sebanyak 18 keluarga dipindahkan ke PPS dekat Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Banting di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di Selangor dilihat meningkat berbanding semalam apabila seramai 1,288 orang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Malah, lima PPS di Sepang merekodkan peningkatan lima keluarga hari ini berbanding empat, semalam melibatkan 122 keluarga yang terdiri daripada 461 mangsa banjir di daerah itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, empat daerah di bawah pengawasan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) berdepan dengan situasi banjir iaitu Hulu Langat, Kuala Langat, Subang dan Sepang.

Bagaimanapun, menurutnya tiada lagi mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Camelia, Putera Heights apabila kesemuanya sudah pun pulang ke rumah masing-masing selepas limpahan air surut sepenuhnya.

“Di Kajang sudah surut, tetapi keadaan stagnant masih berlaku di Sepang dan Kuala Langat apabila sehingga pukul 12 tengah hari tadi, di Kajang ada dua PPS dibuka yang melibatkan 28 keluarga atau 114 mangsa.

“Manakala di Sepang, lima PPS, semalam empat, hari ini lima yang melibatkan 122 keluarga, 461 mangsa. Subang sudah tutup iaitu PPS Dewan Camelia di Putera Heights, tiada lagi mangsa banjir di Subang.

“Manakala di Kuala Langat dan Sepang masih ada tiga PPS melibatkan 182 keluarga dan 713 mangsa.  Masih keadaan yang sebelum ini adalah di Kuala Langat dan Sepang, masih kurang baik,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Paras air Sungai Klang tinggi serta taburan hujan yang tinggi sejak minggu lalu dipercayai menjadi punca Kampung Bukit Lanchong, di sini dilanda banjir pada Isnin lalu.

Banjir tersebut menyebabkan sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dekat Dewan Camelia, Putera Heights bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut.

Pada Selasa lalu, seramai 96 orang yang terdiri daripada 20 buah keluarga yang menginap di PPS Dewan Camelia, yang dikawal selia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

HUSSEIN Omar Khan memaklumkan lebih 200 pegawai dan anggota polis bersiap siaga untuk menangani isu banjir bersama agensi lain, dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. – UTUSAN / AFIQ RAZALI

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan kira-kira 200 pegawai dan anggota polis di negeri ini digerakkan bersama agensi lain dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dikatakan bermula pada Sabtu ini.

Namun, koordinasi tersebut dilaksanakan di peringkat IPD dengan agensi-agensi lain.

“Bagaimanapun polis sentiasa bersiap sedia bersama agensi lain menangani bencana banjir dari segi mencari dan menyelamat dan juga pengurusan di PPS.

“MTL masih di peringkat IPD contohnya di Kuala Langat melibatkan 28 kekuatan daripada IPD manakala keseluruhannya 83 daripada agensi lain. Kalau kita ambil di Sepang, kekuatan adalah 50 orang dari IPD Sepang. Kuala Langat 34 kekuatan anggota,” jelasnya.

Katanya lagi, penduduk yang tinggal dalam kawasan dikenal pasti berisiko banjir dikehendaki mematuhi arahan pihak berkuasa dan berpindah ke PPS sekiranya diarah berbuat demikian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya