Lamar kurang dari 24 jam, Raihan sertai konsert Anggi Marito, Alif Satar & The Locos - Utusan Malaysia

Lamar kurang dari 24 jam, Raihan sertai konsert Anggi Marito, Alif Satar & The Locos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kurang daripada 24 jam, penyanyi, Alif Star berjaya mendapatkan persetujuan kumpulan Raihan untuk menyertai mereka dalam konsert bersama Alif & The Locos dan penyanyi Indonesia, Anggi Marito.

Menerusi konsert A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito yang bakal berlangsung 7 Januari tahun depan di Zepp Kuala Lumpur, Alif menjanjikan persembahan hebat sepanjang tiga jam konsert berlangsung.

“Kami sangat teruja untuk tampil dalam satu konsert bersama Anggi dan berbesar hati bekerja dengan artis baru. Ini adalah zaman digital di mana artis menggunakan media sosial untuk mempromosikan hasil kerja mereka seperti Anggi dengan lagu popularnya, Tak Segampang Itu.

“Pada masa yang sama, kami juga tidak sabar untuk melihat bagaimana Anggi berinteraksi dengan peminat Malaysia semasa konsert nanti yang semestinya berbeza dengan keadaan di negaranya.

“Semoga konsert ini menjadi permulaan kerjasama antara Alif Satar & The Locos dan Anggi. Mana tahu kita boleh lakukan cross promotion di Indonesia pula,” katanya.

Kumpulan Alif Satar & The Locos ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media konsert tersebut baru-baru ini.

Maklum akan situasi yang menimpa rakyat Palestin, kumpulan itu bakal mendedikasikan sebuah slot khas dengan kolaborasi bersama Raihan untuk memperingati kesusahan dan perjuangan saudara seislam di negara itu.

“Kami turut terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin dan ingin menyumbang sesuatu buat mereka. Alhamdulillah, kurang dari 24 jam lalu kami baru mendapatkan persetujan Raihan untuk sama-sama tampil dalam konsert ini.

“Ini adalah apa yang kami selaku para artis boleh lakukan untuk rakyat di sana. Kami sedar apa yang sedang berlaku dan ingin ajak pengunjung mengenang apa yang terjadi,” jelas Alif.

Wakil penganjur, Mutiara Optimum Sdn Bhd dan MND Sport & Event Sdn Bhd, Harith Daniel, turut berharap konsert ini dapat menggabungkan semangat muzik dari dua negara.

“A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito bukan hanya tentang Alif Satar & The Locos sahaja tapi saya melihat dalam konteks yang lebih besar apabila digabungkan dengan Anggi Marito.

“Ini adalah tentang silaturahim dua negara serumpun, tentang muzik menjadi jambatan kepada pengkarya untuk saling bertukar idea dan berkembang,” katanya.
Harga tiket boleh dijual bermula dari RM198 sehingga RM475 menerusi talian 03-86050195 atau layari [email protected] di Myticket.asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya