Tarkovic akur kebangkitan luar biasa Harimau Malaya

Kyrgyzstan akur kebangkitan luar biasa Harimau Malaya

SKUAD Harimau Malaya kekal bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic akur dan menerima hakikat pasukannya gagal menggunakan peluang keemasan untuk menumpaskan Malaysia biarpun mendahului 3-1 pada satu ketika.

Anak buah Tarkovic mendahului 3-1 sehingga minit ke-71, namun tiga jaringan Malaysia, masing masing pada minit 72, 77 dan 90 menyaksikan mereka tumbang 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Tarkovic berkata, kebangkitan yang dipamerkan Harimau Malaya sangat luar biasa, namun kemenangan itu juga disumbangkan oleh kesilapan individu pemain khususnya di barisan pertahanan.

“Kami tidak bermain dengan baik dalam tempoh 25 minit pertama kerana kami tidak begitu menekan lawan. Kami mengubah sikap dan tampil dengan lebih baik sehingga kami dapat menjaringkan tiga gol berturut-turut.

“Namun situasi yang mengubah segalanya adalah apabila penyerang kami yang beraksi di Jerman, Victor Maier gagal menyudahkan peluang. Kemudian penjaga gol kami tercedera dan kami membuat penggantian.

“Keputusan berubah daripada 3-1 kepada 3-4. Kita lihat pemain kita boleh jaringkan tiga gol di tempat lawan, ia sudah tentu perkara yang positif yang boleh diambil tetapi melepaskan empat gol mengecewakan kami,” katanya.

Selain itu, Tarkovic menyifatkan bahawa cara pasukannya bolos dua gol melalui ‘set piece’ kepada Malaysia adalah gila dan tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, walaupun sudah bersedia untuk mengekang gol seperti itu dalam latihan, namun kesilapan daripada pemain menyebabkan mereka melepaskan gol.

“Kami sudah melakukan persediaan untuk berdepan dengan situasi set piece seperti itu, bolos satu gol seperti ini boleh diterima tetapi dua adalah sesuatu yang tidak baik.

“Kami sudah melakukan persediaan yang baik dari segi taktikal, namun kesilapan daripada pemain menyebabkan kita melepaskan gol yang tidak sepatutnya kita lepaskan,” katanya.

Justeru, Tarkovic menggesa anak buahnya untuk bangkit pada aksi kedua di laman sendiri berdepan pendahulu Kumpulan D, Oman yang turut membuka kempen kali ini menerusi kemenangan 3-0 ke atas Taiwan.

“Ada baki lima perlawanan lagi dan kita akan menentang Oman di laman sendiri. Kita perlu melupakan kekalahan ini dan melakukan analisis mendalam supaya tampil lebih baik.

“Kami beraksi dengan baik tetapi kesilapan individu menghukum kita. Jadi kita akan lakukan yang terbaik untuk berdepan Oman bagi menggembirakan penyokong yang hadir ke stadium,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya