KPT pertimbang Politeknik Ungku Omar naik taraf universiti

KPT pertimbang Politeknik Ungku Omar naik taraf universiti

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan cadangan bagi menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh Perak sebagai taraf sebuah universiti.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadanganitu perlu diteliti memandangkan ia terikat kepada akta-akta tertentu.

Beliau berkata, ketika ini, beberapa Politeknik terutama PUO menawarkan program-program pengajian peringkat ijazah iaitu setara Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 6.

“Pada akhirnya nanti, PUO hanya akan menjadi satu-satunya politeknik yang menawarkan program pengajian lebih tinggi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Persidangan Meja Bulat Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Penasihat Industri Politeknik (PIAC) 2023 di sini, hari ini.

Ditanya sama ada KPT akan terus mengekalkan nama PUO jika ia dinaik taraf kelak, Mohamed Khaled berkata, nama itu akan dipertimbangkan.

“Saya nak cari apa yang sesuai dan yang terbaik. Sebab tak nak orang ramai keliru kerana kita ada akta-akta (yang perlu dipatuhi),” katanya.

PUO adalah antara tiga Politeknik Premier di negara ini termasuk Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Selain itu, PUO juga adalah politeknik pertama di negara ini dan ia ditubuhkan pada 1969 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dibantu oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Politeknik itu dinamakan sempena Profesor Allahyarham Dato‘ Ungku Omar Ahmad, sebagai penghargaan atas sumbangannya yang berharga kepada negara, terutama dalam bidang penyelidikan perubatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya