KPM sokong penilaian baharu Sarawak untuk murid tahun enam

KPM sokong penilaian baharu Sarawak untuk murid tahun enam

Graduasi
FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Kementerian Pendidikan (KPM) menyokong modul penilaian baharu yang diasaskan oleh negeri Sarawak bagi membuat penaksiran kepada pelajar negeri tersebut yang berada di tahun enam.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, jika perincian pentaksiran tersebut tidak bertentangan dengan perkara yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara, maka, modul tersebut masih bermakna buat KPM.

Katanya, penilaian tersebut akan disambut baik oleh kementeriannya kerana selaras dengan matlamat KPM sebelum ini dengan hala tuju untuk sentiasa memastikan pentaksiran pendidikan negara diperkukuhkan selalu.

“Jadi, kalau Sarawak (modul pentaksiran) masih lagi dalam dasar pentaksiran ini, saya rasa modul itu tidak akan pergi jauh dan kita sedia membantu untuk memperkukuhkan pentaksiran di Sarawak,” katanya dalam sidang media Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital di sini semalam.

Terdahulu, kerajaan negeri Sarawak memaklumkan akan melaksanakan peperiksaan khas untuk murid darjah enam yang dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Modul Sarawak bermula pada tahun 2025.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn sebelum ini, tujuan penilaian tersebut adalah bagi menilai pencapaian sebenar pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Dalam pada itu, Fadhlina Sidek berkata, Dasar Pendidikan Digital yang dilancarkan secara rasmi semalam adalah bertujuan bertujuan untuk melahirkan murid yang berkemahiran digital.

Selain itu, kata beliau, dasar tersebut juga mengambil kira aspek kompetensi guru, infrastruktur dan serta penekanan dalam sisi manusiawi.

“Secara keseluruhannya, dasar ini dapat dilaksanakan dengan baik, apatah lagi ketika ini kita menuju kepada kurikulum baharu pendidikan masa depan dan penguasaan digital yang membolehkan kita melonjakkan lagi pendidikan, khususnya mutu pendidikan Malaysia di mata dunia,” katanya.

Sehubungan itu, bagi menjayakan lagi pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital, KPM menyasarkan kompetensi digital guru dapat dicapai sepenuhnya  pada tahun 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya