Konsep kedutaan data masih dalam kajian 

Konsep kedutaan data masih dalam kajian 

FAHMI Fadzil ketika melancarkan Sidang Kemuncak CxO Pemimpin Transformasi Digital di Kuala Lumpur. Turut serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz (kanan). -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini masih dalam penelitian untuk melaksanakan konsep kedutaan data di dalam Malaysia berikutan menerima pelbagai pandangan mengenainya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, konsep kedutaan data dipelopori beberapa negara Eropah seperti Estonia dan beberapa negara lain, bagi pusat pemprosesan data menjadi kawasan yang mempunyai kawal selia bersifat kedutaan.

Katanya, kerajaan belum memberi kata putus berhubung pelaksanaan dasar tersebut dan satu kajian secara menyeluruh bakal dimulakan.

“Terdapat beberapa pihak yang memberi pandangan mengenainya,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Pelancaran GSMA Sidang Kemuncak CxO Pemimpin Transformasi Digital DXA di sini, hari ini.

Fahmi berkata, dengan mengambil kira Malaysia juga merupakan pusat pemprosesan data, maka perkara tersebut juga perlu dititikberatkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama dengan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan  bagi memutuskan beberapa perkara termasuk tarikh untuk perjajian ekuiti bersama Digital Nasional Berhad (DNB).

Selain itu, katanya beliau  akan mengadakan perbincangan  bersama dengan GSMA mengenai perkembangan rangkaian 5G, termasuk usaha sama yang dijalankan bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Jelasnya, perkara-perkara yang akan dikemukakan dalam  perbincangan tersebut dengan mengambil kira Malaysia menjadi destinasi utama bagi pelabur-pelabur asing, terutama dalam konteks pusat pemprosesan data.

“Maka kita harap dengan kerjasama yang lebih erat dan lebih utuh ini termasuk bersama dengan organisasi GSMA, kita akan dapat kerangka kawal selia yang bersifat sedia untuk masa depan,” katanya.

Persidangan Kemuncak CxO Pemimpin Transformasi Digital DXA yang diadakan selama dua hari adalah bagi membincangkan digital utama dalam Malaysia dan secara lebih meluas  selain memastikan kemakmuran sosial dan ekonomi dalam dekad yang akan datang.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan akan melancarkan rangkaian kedua setelah negara telah mencapai pencapaian rangkaian komunikasi 80 peratus, yang mana setakat hujung bulan lalu, mencapai rangkaian hubungan 73 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya