Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2023 tumpu soal ekonomi, kebajikan rakyat

Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2023 tumpu soal ekonomi, kebajikan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu ekonomi, kebajikan rakyat dan keadilan sosial dalam kalangan rakyat antara agenda yang diberi tumpuan utama pada edisi ke-17 Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2023.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti ini harus bicara soal merancakkan semula ekonomi negara dan yang paling penting memperjuangkan amalan tatakelola baik dalam sistem pemerintahan.

Beliau berkata, kongres ini harus berbincang mengenai isu berkenaan dan bukannya seperti satu parti itu yang membicarakan soal peletakan jawatan presidennya.

“Kongres tahunan PKR secara kebetulannya diadakan sama dengan perhimpunan agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun pada ucapan dasarnya, Presiden umum letak jawatan.

“Pembahas kemudiannya minta jangan berundur dan majlis tertinggi parti buat mesyuarat khas tolak usul dan minta Presiden jangan undur. Penutup hari ini, Presiden umum tak jadi berundur.

“Isu rakyat, isu ekonomi dan isu antarabangsa tak jadi tumpuan. Kongres Parti Keadilan Rakyat tidak boleh begitu,” katanya dalam ucapan pembukaan kongres di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Katanya, selepas setahun pemerintahan Kerajaan Perpaduan, politik negara kembali stabil dan ekonomi bertambah rancak dengan pelbagai petunjuk ekonomi yang meyakinkan.

Saifuddin berkata, beliau mengakui perjuangan bagi mencapai kestabilan politik jauh lebih mencabar daripada memenangi sebuah pilihan raya.

Sementara itu, Saifuddin berkata, kongres ini ada dua signifikan iaitu PKR kini diambang menjengah usia 25 tahun pada April tahun depan dan keduanya, hari ini genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Perdana Menteri dan juga setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Katanya, kongres kali ini menghimpunkan 2,400 perwakilan dari sayap parti selain turut disertai 1,500 perwakilan.

Setakat ini, katanya, ahli PKR kini sudah mencecah 1,136,683 orang dengan 222 cabang berdaftar dari Perlis hingga ke Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya