Konflik Palestin-Israel: KKM sedia hantar pasukan perubatan

Konflik Palestin-Israel: KKM sedia hantar pasukan perubatan

KKM bersedia menghantar pasukan perubatan ke Gaza, Palestin sebaik sahaja kebenaran diberikan. - GAMBAR HIASAN/ AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menghantar pasukan perubatan ke Gaza, Palestin sebaik sahaja kebenaran diberikan.

KKM dalam kenyataan memaklumkan, malah pihaknya sudah mengenal pasti pasukan yang boleh dimobilisasikan.

Bagaimanapun, pada masa ini, penghantaran pasukan perubatan belum dapat dilaksanakan kerana masih tidak dibenarkan ekoran keadaan semasa peperangan yang masih berlaku di Semenanjung Gaza.

“Pasukan perubatan itu juga akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian kerana akan terlibat dalam merawat mangsa-mangsa bencana peperangan,” katanya hari ini.

KKM berkata, penghantaran pasukan terbabit akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri dan agensi awam lain serta koordinasi oleh International Red Cresent.

Pada masa sama, KKM menjelaskan, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan di Gaza serta mengenal pasti keperluan bantuan kemanusiaan dan perubatan diperlukan.

“Menerusi maklumat disampaikan oleh Gaza-Medics Worldwide, daripada sejumlah 35 buah hospital terdapat di Semenanjung Gaza, satu per tiga telah musnah.

“Sehubungan itu, perlu ada usaha untuk memulih dan menambah baik kemudahan perkhidmatan perubatan di hospital-hospital yang masih beroperasi.

“Penambahan kemudahan itu bertujuan menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak dan sangat diperlukan rakyat di Gaza buat masa ini,” jelasnya.

Katanya, KKM turut mengambil langkah menyediakan bantuan kemudahan kelengkapan perubatan untuk dihantar ke Semenanjung Gaza, Palestin.

Bantuan tersebut antaranya alat consumable seperti syringe pump, suture, IV cannula, dressings dan bandage selain perkhidmatan neurosurgery dan surgical trauma.

“Ia turut melibatkan kemudahan peralatan seperti ‘medical beds’ dan ubatan yang bersesuaian,” katanya.

Mengulas lanjut, KKM berkata, bantuan kemudahan perubatan pertama dari Malaysia dilaksanakan pada 3 November 2023 iaitu sebanyak 20 tan, manakala penerbangan kedua dibuat pada 11 November 2023 juga sebanyak 20 tan.

Jelasnya, KKM juga akan menghantar alat guna habis consumables dan ubat-ubatan dalam siri penghantaran bantuan ketiga dalam tempoh yang terdekat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya