Konflik Myanmar: Bukan 26 tetapi 127 warga Malaysia

Konflik Myanmar: Bukan 26 tetapi 127 warga Malaysia

ZAMBRY ABD KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Usaha pemindahan keluar warga Malaysia yang terkandas akibat ketegangan konflik politik di Myanmar bertambah kepada 127 orang dan bukannya cuma 26 orang.

Perkara tersebut disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan menyatakan proses itu dijangka mengambil masa kerana lonjakan bilangan diselamatkan.

Beliau berkata, Wisma Putra mulanya mengenal pasti 26 orang sebagai mangsa jenayah penipuan pekerjaan di Laukkaing yang berdekatan sempadan China.

“Jumlahnya kemudian naik sedikit demi sedikit dan kita berterima kasih kepada pihak junta Myanmar serta pemerintah China yang turut bantu bawa keluar mangsa ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Sabtu lalu, menteri-menteri luar ASEAN menerusi kenyataan bersama menggesa kesemua pihak bertelagah di Myanmar memberi keutamaan kepada warga asing dibawa keluar, malah meminta pihak berkuasa Naypyidaw tidak menghalang penghantaran pulang rakyat asing untuk pulang.

Sehubungan itu ujar beliau, rancangan asal diatur Kementerian Luar bagi menerbangkan mereka pada Khamis ini kemungkinan besar perlu dianjak sedikit kepada beberapa hari kerana melibatkan persiapan rapi dari segi logistik, selain menunggu kebenaran rasmi dan penyelarasan daripada kerajaan Myanmar.

Selain itu tambah beliau, dua warga asing yang masing-masing seorang dari Indonesia dan Hong Kong, China turut sama menyertai kumpulan rakyat Malaysia diselamatkan tersebut.

Zambry walau bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kesemuanya berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di lokasi yang dirahsiakan sebelum pulang ke Malaysia.

“Kedutaan Besar Malaysia di Yangon bahkan bekerjasama rapat dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, China yang tidak jauh dari kawasan itu untuk koordinasi,” katanya.

Myanmar dilanda krisis politik susulan tindakan junta melakukan rampasan kuasa pada 2021 lalu kerana mendakwa berlaku penipuan ketika pilihan raya umum setahun sebelum itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya