Kolaborasi MAS-LGS jayakan penerbangan sulung ke Bandung

Kolaborasi Malaysia Airlines-LGS jayakan penerbangan sulung ke Bandung

KETIBAAN Pesawat Boeing 737-800NG Malaysia Airlines yang membawa kira-kira lebih 60 penumpang di Lapangan Antarabangsa Kertajati disambut dengan pancutan air pada kira-kira jam 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Kolaborasi antara Malaysia Airlines (Malaysia Airlines) dengan Leisure Golf Services (LGS) berjaya mencapai matlamat sekali gus memeriahkan perasmian penerbangan sulung Kuala Lumpur ke Kertajati di sini, pada 30 Oktober lalu.

Pesawat Boeing 737-800NG Malaysia Airlines yang membawa kira-kira lebih 60 penumpang berjaya mendarat di Kertajati pada kira-kira jam 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

Ketibaan pesawat sulung itu disambut dengan siraman air pancut dengan tepukan gemuruh para karyawan di lapangan Kertajati dan juga penumpang serta anak-anak kapal.

ABDUL RAZAK AB. HAMID

Pengurus Malaysia Airlines di Indonesia, Abdul Razak Ab. Hamid berkata, sambutan yang menggalakkan pada penerbangan pertama Malaysia Airlines ke Kertajati cukup membanggakan pihaknya.

Katanya, tanpa kerjasama daripada pihak LGS, tidak mungkin kejayaan sambutan menggalakkan ini dapat diraih oleh Malaysia Airlines.

“Saya berterima kasih tidak terhingga kepada pihak LGS kerana banyak membantu pihak Malaysia Airlines dalam mencari kapasiti penumpang sekali gus menjayakan penerbangan sulung Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Kertajati, Bandung.

“Melihat kepada kejayaan ini, pihak Malaysia Airlines akan terus mengadakan kerjasama dengan pihak LGS pada masa akan datang, bukan sahaja dalam sektor sukan golf tetapi juga dalam lain-lain sektor yang bersesuaian,” katanya kepada Utusan Online ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mengulas mengenai pakej yang bakal ditawarkan, Abdul Razak berkata, selain pakej golf menarik bersama LGS, pihak Malaysia Airlines juga menyediakan pakej-pakej menarik yang lain berkuat kuasa pada November dan sepanjang musim cuti persekolahan pada Disember ini.

Katanya, pihak Malaysia Airlines akan berkolaborasi dengan travel ejen di Bandung dan Malaysia untuk mewujudkan pakej percutian seperti lawatan ke lokasi menarik di Jawa Barat, terutamanya di Bandung, Medan, Majalengka dan Ceribon.

PARA peserta merakam kenangan sebelum memulakan hari pertama golf sempena pertandingan Leisuremania Golf Tour di Mountain View Golf Resort, Bandung.

“Untuk musim cuti sekolah, Malaysia Airlines akan beri harga istimewa kepada pada pelancong dari Malaysia yang datang ke Bandung melalui Kertajati secara berkumpulan dengan jumlah minimum empat orang.

“Sebelum ini para pelancong terutama dari Malaysia terpaksa singgah di Jakarta dan menempuh perjalanan menaiki kenderaan hampir tiga jam untuk sampai ke Bandung. Tetapi sekarang ini sudah ada penerbangan terus dari KLIA ke Kertajati,” ujarnya.

Bagi meraikan pelancaran laluan baharu ini, Malaysia Airlines menawarkan tambang pengenalan bermula Oktober 2023 hingga 29 Mac 2024.

Pengembara boleh menikmati tambang menarik bermula RM519 pergi balik melalui Kelas Ekonomi dan RM1,969 pergi balik melalui Kelas Perniagaan.

Malaysia Airline juga akan menyediakan perkhidmatan ‘shuttle’ percuma antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati ke bandar raya Bandung yang hanya mengambil masa kira-kira satu jam setengah perjalanan.

Malaysia Airlines kini menjadualkan penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati sebanyak dua kali seminggu iaitu pada Isnin dan Jumaat dengan pesawat Boeing 737-800NG.

Penambahan rangkaian penerbangan Malaysia Airlines ke Kertajati ini juga membuka ruang dan peluang kepada para pengembara Malaysia untuk meluaskan pasaran perniagaan selain merangsang pelancongan, ekonomi dan mengukuhkan hubungan dua hala.

Selain Kertajati, Malaysia Airlines juga menyediakan penerbangan ke Medan, Banda Aceh, Jakarta, Pekan Baru, Surabaya, Jogja dan Denpasar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya