KJ tegaskan perolehan ventilator dibuat bukan pada zaman beliau

KJ tegaskan perolehan ventilator dibuat bukan pada zamannya

KJ
BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin menegaskan perolehan ventilator yang dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani wabak Covid-19 bukan dibuat semasa beliau menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pembelian peralatan perubatan tersebut dibuat oleh menteri sebelumnya iaitu pada tahun 2020.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang mengkritiknya untuk mendapatkan fakta mengenai perolehan ventilator tersebut sebelum mengkritiknya.

“Saya menjadi Menteri Kesihatan pada Ogos 2021. Bukan saya nak campak menteri lain di bawah ‘bas,’ tetapi ini faktanya. Macam mana saya nak bertanggungjawab tentang ventilator tu? Saya bukan di kerusi tu (bertanggungjawab).

“Kalau nak cakap soal ventilator ni kena tanya pada tuan badan, bukan saya. peralatan perlindungan diri (PPE) pun sama juga sebab perolehan ini dibuat sewaktu sebelum saya,” katanya dalam podcast ‘Keluar Sekejap’ yang disiarkan hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati kerajaan tidak boleh menuntut ganti rugi terhadap perolehan 104 daripada 136 ventilator rosak yang diterima Kementerian Kesihatan (KKM) pada tahun 2020.

PAC turut mendedahkan berlaku lebihan bekalan PPE dipesan selain kira-kira 850,000 penutup but bernilai RM927,000 akan tamat tarikh luput menjelang akhir 2024.

Menurut PAC, walaupun Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) tiada pengalaman dan kepakaran dalam perolehan peralatan perubatan seperti ventilator, syarikat itu diarah membuat bayaran pendahuluan untuk alat bantuan pernafasan tersebut berikutan hubungan rapat antara KKM dan PLSB.

Sementara itu, Khairy berkata, beliau membuat unjuran untuk membeli 83 juta dos vaksin dan ia merupakan perkara rahsia memandangkan beliau sudah membentangkan ia di PAC.

“Saya bentangkan ini jumlah yang saya nak beli, 80 lebih juta (dos). Sifir dia adalah dua dos untuk setiap dewasa tambah dos penggalak. Pada waktu itu, nasihat sains yang saya terima daripada pakar-pakar di KKM, universiti tempatan dan juga bacaan saya.

“Kemungkinan besar kita memerlukan dos ketiga terutama Sinovac untuk tahap keberkesanan yang tinggi terhadap Covid-19. Jadi, sifirnya begitu.

“Malah, pada waktu itu kritikan yang saya terima bukan soal terlebih beli (tetapi) tidak cukup,” jelasnya.

Untuk rekod, kerajaan menghadapi kerugian RM505 juta akibat 8.5 juta dos vaksin Covid-19 tamat tarikh luput yang berpunca dari pada kurang permintaan dan kelewatan negara menerima vaksin tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya