Keutuhan 160 tahun Masjid India - Utusan Malaysia

Keutuhan 160 tahun Masjid India

DIBINA sejak 1863 oleh pedagang India Muslim yang merantau dari Madras, India Selatan.UTUSAN/ SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID India tertubuh sejak 160 tahun lalu di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur mempunyai keunikan tersendiri. 

Antara kelainan ketara ialah penyampaian khutbah yang disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Tamil. 

Bahkan semua aktiviti turut disampaikan dalam bahasa sama kerana rata-rata pengunjung adalah dalam kalangan India Muslim. 

“Melainkan kalau ada kunjungan daripada pihak istana dan Sultan mencemar duli, baru kita laksanakan program dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris,” kata Pengurus Masjid itu, Muhammad Nasrul Haq Abdul Latif. 

Lokasinya yang strategik di tengah-tengah pusat perniagaan menjadikan masjid setinggi tiga tingkat ini tumpuan ramai. 

JADI TUMPUAN 

“Pada solat Jumaat jemaah dianggarkan melebihi 3,000 orang. 

“Pada Ramadan masjid ini jadi tumpuan orang ramai yang beli-belah di premis sekitar. Itu belum lagi pada solat sunat Aidilfitri. 

“Sebelum pandemik Covid-19, orang ramai pernah solat sehingga jarak 100 meter dari pintu pagar masjid,” katanya.

Kehadiran pelancong luar semakin meningkat sejajar pembangunan premis di sekitarnya termasuk kondominium yang dibina dalam jarak berjalan kaki dari masjid. 

Muhammad Nasrul Haq berkata, masjid turut mengambil inisiatif menganjurkan program jelajah masjid dengan mengalu-alukan kedatangan pelancong ke situ. 

“Program itu bertujuan menyampaikan mesej Islam kepada mereka yang tertarik melihat keindahan masjid. 

“Hasil program mingguan itu, ada pelancong yang memeluk Islam,” kongsinya. 

MAZHAB HANAFI 

Perbezaan mazhab yang diamalkan di masjid ini membuktikan Islam itu penuh keindahan dan kepelbagaian. 

Walaupun mengamati cara dan hukum berlandaskan Mazhab Hanafi dalam pelaksanaan tatacara beribadah, Muhammad Nasrul Haq berkata, umat Islam dari pelbagai lapisan masyarakat tetap dapat melaksanakan ibadah secara harmoni. 

“Contohnya, bacaan bismillah tidak dibaca secara kuat semasa al-Fatihah, tiada doa qunut semasa solat Subuh dan waktu Asar yang lebih lewat berbanding masjid lain. 

“Kalau pukul 4.30 petang sudah masuk Asar, masjid ini akan azan pada pukul 5.30 petang. Ini menunjukkan keunikan Islam yang terdiri daripada empat mazhab utama,” kongsinya. 

MASJID PEDAGANG 

Masjid India diasaskan pada 1863 oleh pedagang India Muslim yang dikenali sebagai ‘Chulia’, golongan yang berasal dari jajahan Madras di India Selatan. 

Mendirikan masjid sudah menjadi kebiasaan utama di kawasan penempatan golongan ini. Pada masa itu, kebanyakan pedagang dan peniaga India Muslim di ibu kota menetap di sekitar kawasan Masjid India iaitu sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Bandar dan Medan Pasar. 

Peniaga-peniaga inilah bertanggugjawab menyumbang tenaga dan dana membangunkan masjid ini. 

Struktur masjid ini pada awalnya terdiri daripada struktur batu, kayu dan beratap nipah. 

Tiada bekalan paip menyebabkan jemaah mengambil wuduk di tebing Sungai Klang berhampiran. 

PROSES UBAHSUAI 

Struktur masjid melalui beberapa fasa pengubahsuaian dari tahun 1900 hingga 1952 bagi menampung penambahan jemaah India Muslim yang makin berkembang. 

Pada 1964, struktur lama dirobohkan dan digantikan bangunan baharu tiga tingkat yang tersergam sehingga kini. 

Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan meletakkan batu asas pada 11 September 1964 dan menyempurnakan perasmian bangunan baharu masjid ini pada 29 Jun 1966. 

Rumah Allah ini mencerminkan seni bina Moghul, merangkumi kubah-kubah berbentuk bebawang, jendela berhias dan satu menara tertera ‘Masjid India’. 

Pada 1999, pengubahsuaian besar-besaran berlaku termasuk pembinaan bahagian bawah tanah bagi menyediakan lebih banyak tandas dan ruang wuduk. 

Keseluruhan bangunan masjid diberi wajah baharu dengan dihiasi marmar, pada 2002

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya