Ketulenan video perbualan lucah babit Mohammad Agus perlu disiasat

Ketulenan video perbualan lucah babit Mohammad Agus perlu disiasat

Dr. Mohammad Agus Yusoff (tengah) dan Wahab (dua dari kanan) dalam sidang akbar di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketulenan rakaman video perbualan lucah yang mengaitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff perlu disiasat. 

Penolong Setiausaha Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Muhammad Faiz Rahmat berkata, berdasarkan sidang akhbar malam tadi,  individu berkenaan ada mengaku video berkenaan tulen namun suara video itu dipalsukan.

“Susulan itu, kita tidak mahu ada sebarang andaian daripada pihak lain dan mendesak polis untuk menyiasat perkara ini.

“Selain itu, individu dalam video berkenaan juga mengatakan salinan video terdapat pada ‘Mr. H’, dan ini memudahkan polis untuk mendapatkan salinan asal video berkenaan,” katanya di sini.

Tedahulu, beliau, membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi mendesak satu siasatan dijalankan berhubung video berkenaan.

Muhammad Faiz berkata, perkara ini perlu dipandang serius kerana membabitkan kesopanan dan kesusilaan.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucan didakwa membabitkan dua individu termasuk seorang yang mirip Mohammad Agus.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan siasatan sedang dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sebelum ini, rakaman video berdurasi 3.03 minit yang tular sejak kelmarin menjadi topik hangat di media sosial, berikutan individu berkenaan dikenali umum.

  Mohammad Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Dakwanya, tindakan dipercayai sengaja dilakukan dengan niat mahu menjatuhkan reputasinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya