Kesihatan Ahmad Zahid bertambah baik - Anwar

Kesihatan Ahmad Zahid bertambah baik – Anwar

ANWAR berkesempatan menziarahi Ahmad Zahid Hamidi di kediamannya. - GAMBAR APLIKASI X AHMAD ZAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tahap kesihatan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini bertambah baik dan bakal kembali bertugas tidak lama lagi.

Anwar berkata, beliau berkesempatan menziarahi Ahmad Zahid di kediamannya sebelum hadir pada majlis perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Putrajaya 2023 di sini, hari ini.

“Saya ingin menyampaikan salam daripada Ahmad Zahid yang sekarang Alhamdulillah telah bertambah sihat.

“Kalau ikutkan dia nak datang, tetapi saya bagi arahan tak boleh hadir sebab dia perlu masa untuk berehat sedikit,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memuat naik menerusi hantaran di aplikasi X mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sudi hadir ziarah sebelum ke karnival itu.

“Insya-Allah, tidak sabar untuk kembali bertugas, kembali memberikan yang terbaik untuk menjalankan amanah yang ditaklifkan.

“Moga jalinan ukhwah ini terus berkekalan dan mendatangkan kebaikan bersama demi rakyat dan negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya