Keselamatan wanita guna pengangkutan awam dipertingkat

Keselamatan wanita guna pengangkutan awam dipertingkat

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan meningkatkan kemudahan bagi keselamatan wanita dengan mewujudkan koc khas dalam setiap tren untuk mengelakkan berlakunya gangguan seksual dan menjaga keselesaan golongan itu yang menggunakan pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan, Anthony loke berkata, keutamaan perlu diberi kepada wanita dengan meningkatkan keselamatan agar mereka berasa dilindungi apabila  menggunakan pengangkutan awam.

“Peranan kita sebagai pembuat dasar kerajaan adalah memberi insentif, diskaun dan sokongan kepada orang yang menggunakan pengangkutan awam. Selain itu, perkara penting adalah membuat orang awam berasa selamat dalam setiap bahagian perjalanan dengan pengangkutan awam.

“Ia adalah inisiatif ke arah mencipta ruang selamat bagi wanita semasa perjalanan mereka ke tempat kerja atau tujuan lain,” katanya selepas merasmikan program Keselamatan Wanita dalam Industri Transit dan Pengangkutan di Sunway Resort Hotel, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Wanita, Logistik dan Pengangkutan Selangor, Rosita Faisal dan Timbalan Presiden The Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILT), Datuk Dr. Mohamed Amin Mohd. Kassim.

Sejak September 2023, Prasarana telah memperkenal koc khas untuk wanita di Laluan MRT Kajang. 

Satu pertiga ruang dalam set kereta api MRT dikhususkan untuk wanita dan mereka yang bersama anak kecil.

Anthony berkata, koc khas itu menyediakan persekitaran kepada wanita untuk melakukan perjalanan tanpa rasa takut  gangguan atau situasi yang tidak selesa. 

“Ini adalah langkah awal yang penting bagi memberi keselamatan dan keselesaan kepada setiap wanita yang menggunakan pengangkutan awam.

“Berdasarkan analisis data Prasarana dan Touch-n-Go, peratusan wanita adalah paling tinggi iaitu 62 peratus pengguna pengangkutan awam terdiri daripada golongan itu  antara kumpulan umur 21 hingga 30 tahun. 

“Kita harus mengakui bahawa wanita dalam industri pengangkutan menghadapi cabaran dan halangan dan isu keselamatan tidak terbatas kepada penumpang wanita sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya