Kes perceraian meningkat di Terengganu - Utusan Malaysia

Kes perceraian meningkat di Terengganu

MALIAMAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah kes perceraian di Terengganu menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 1,855 kes direkodkan pada tahun ini berbanding 1,656 kes pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu, Maliaman Kassim berkata, berdasarkan data pada tahun 2022, sebanyak 11,246 perkahwinan telah direkodkan manakala jumlah perceraian pula 1,656 kes iaitu 14 peratus.

“Pada tahun 2023 pula, setakat ini sebanyak 9,075 perkahwinan telah didaftarkan manakala perceraian pula ialah sebanyak 1,855 kes meningkat hampir 20 peratus.

“Saya rasa tercabar juga sebab saya pengerusi portfolio keluarga dan pembangunan wanita, jadi, kita melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu akan ambil berat tentang masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu perceraian yang dibangkitkan oleh Ahmad Shah Muhamed (Pas-Bandar) dalam sesi penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Mengulas lanjut, Maliaman yang juga ADUN Ajil berkata, alasan pasangan untuk bercerai pula berpunca daripada perkara yang agak remeh, mungkin kerana mahu menyembunyikan masalah sebenar.

“Antara yang banyak dikatakan kerana masalah pegangan agama yang lemah, disebabkan gangguan dan pengaruh luar masuk ke dalam rumah tangga yang melibatkan suami isteri yang muda serta bebanan masalah ekonomi dan kewangan.

“Selain itu pengaruh media sosial juga menunjukkan punca yang agak tinggi termasuk ada yang bercerai kerana berjumpa kekasih lama (melalui media sosial),” katanya.

Sebagai bekas guru, Maliaman berkata, perceraian memberi impak yang teruk terhadap emosi anak-anak, malah ada yang mahu membunuh diri kerana tekanan yang dihadapi apabila ibu bapa mereka bercerai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya