Kertas siasatan kes buli pelajar dirujuk Bahagian Pendakwaan IPK Perak - Utusan Malaysia

Kertas siasatan kes buli pelajar dirujuk Bahagian Pendakwaan IPK Perak

HANTARAN dalam Instagram seorang lelaki dipercayai pelajar sekolah dimasukkan ke hospital dipercayai dibuli pelajar senior. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kes buli membabitkan pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah berasrama penuh di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Katanya, siasatan kes telah selesai dan kertas siasatan juga dirujuk ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada 20 Oktober lalu untuk penelitian.

“Laporan kejadian ini diterima pada 24 September lalu sekitar pukul 10.05 pagi di mana tiga pelajar lelaki tingkatan empat dikatakan telah dipukul pelajar tingkatan lima seramai empat orang.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan ‘normal physical finding oleh doktor mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular hantaran dimuatnaik di laman Instagram yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pelajar sekolah dimasukkan ke hospital dipercayai dibuli pelajar senior.

Turut tular sepucuk surat rayuan terhadap keputusan hukuman disiplin terhadap pelaku yang hanya diminta berkelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya